DOA The Great Weapon

Posted by denz | Labels: | Posted On Wednesday, January 5, 2011 at 9:41 PM


Berdoa bukanlah perkara asing dalam kehidupan kita orang Islam. Setiap hari kita tidak lekang dari berdoa. Bahkan masyarakat kita sangat sebati dengan amalan berdoa. Dalam apa jua acara, seperti majlis perkahwinan, majlis berpindah rumah dan sebagainya, doa menjadi inti daripada acara tersebut. Akan tetapi sejauh manakah kefahaman kita mengenai doa itu? Sejauh manakah penghayatan kita ketika berdoa?

Kita dapati ada segelintir masyarakat kita yang bersikap cuai atau bosan atau tidak bersungguh-sungguh untuk berdoa. Ada di antara mereka merungut apabila pembaca doa membaca doa-doa yang panjang, berkata-kata sedang kedua tangannya menadah ke langit, sambil lewa, tidak mengaminkan doa dan malah ada juga yang langsung tidak mahu berdoa. Doa hanya setakat di bibir atau hanya tangan ditadahkan menyambut doa tetapi fikiran entah ke mana.


Doa Itu Ibadat Dan Senjata Orang Mukmin

Doa adalah permintaan atau permohonan seorang hamba kepada Allah Subahanahu wa Ta‘ala dan sebagai jalan untuk menyatakan hajatnya. Hajat itu samada meminta kebaikan ataupun menolak mudharat atau bencana. Doa itu adalah ibadat kerana ia merupakan penyataan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan kelemahan dirinya. Ia juga merupakan pengakuan seorang hamba bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Berkuasa sama ada untuk memakbulkan doanya atau sebaliknya.

Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata: Maksudnya:

“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, kerana doa itu penyataan seorang hamba akan kefakiran, kelemahan serta kehinaannya dan pengakuannya terhadap kekuatan, kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Maksudnya:

“Tidak ada sesuatu (zikir dan ibadat) yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala daripada doa.”

(Hadits riwayat Tirmidzi)

Allah Murka Kepada Sesiapa Yang Tidak Berdoa

Allah Subhanahu wa Ta‘ala murka kepada sesiapa yang tidak berdoa atau tidak memohon sesuatu kepadaNya. Ini kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sebagai sombong, takbur dan tidak memerlukannya. Menurut ath-Thibiy Rahimahullah, bahawa kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu adalah kerana Allah menyukai orang yang memohon kurniaanNya, maka sesiapa yang tidak memohon kepada Allah nescaya Dia membencinya, dan orang yang dibenci itu sudah tentu dimurkai.

Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya:

“Sesiapa yang tidak memohon (meminta) kepada Allah, Dia (Allah) murka kepadanya.”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Berkata Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu: Maksudnya:

“Bahawa sebakhil-bakhil manusia adalah siapa yang bakhil memberi salam, dan selemah-lemah manusia adalah siapa yang lemah (malas) untuk berdoa.”

(Hadits riwayat Abu Ya‘la)

Janji Allah Memakbulkan Doa

Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan dan mendorong hambaNya untuk berdoa dan memohon kepadaNya. Dia telah berjanji untuk memakbulkan permohonan mereka, bahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala malu jika menolak permintaan hambaNya dengan tangan kosong.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”

(Surah al-Baqarah: 186)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:

“Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta‘ala Pemalu lagi Pemurah, Dia malu kepada hambaNya apabila (berdoa) mengangkat kedua tangannya memohon kepadaNya, dan mengembalikan kedua tangannya dengan tidak memberikannya apa-apa (daripada rahmatNya).”

(Hadits riwayat Abu Daud)

Terkabulnya doa itu pula ada beberapa bentuk di antaranya:

1. Memperolehi apa yang dipohon pada waktunya.

2. Memperolehi apa yang dipohon pada waktu lain kerana terdapat hikmah di sebalik kelewatan atau kelambatannya.

3. Menolak keburukan sebagai ganti permohonannya ataupun diberi kebaikan lain yang mana lebih baik dari yang dipohonnya.

4. Permohonannya disimpan sehingga hari yang lebih diperlukan pahalanya.

5. Pengampunan dosa-dosa sekadar apa yang dipohonkan.

Berdoa Pada Ketika Kebiasaannya Dimakbulkan Doa

Doa yang mudah dan cepat dikabulkan itu mempunyai waktu atau saat-saat atau keadaan-keadaan yang tertentu. Di antara waktu dan keadaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Lailatulqadar.

2. Satu pertiga akhir waktu malam.

3. Selepas menunaikan sembahyang fardhu.

4. Ketika azan dan iqamah.

5. Ketika turun hujan.

6. Ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan.

7. Hari dan malam Jumat.

8. Ketika minum air zam zam.

9. Ketika sujud.

10. Hari Arafah dan setelah melaksanakan manasik haji yang lain seperti selepas melontar jamrah, berdoa dalam Kaabah, berdoa di bukit Shafa dan Marwah.

11. Pada bulan Ramadhan.

12. Doa orang yang dizalimi.

13. Ketika dalam pelayaran.

14. Doa orang yang berbuka puasa.

15. Doa orang yang sakit.

16. Doa imam yang adil.

17. Doa selepas wudhu.

Adab-adab dan etika berdoa perlulah dijaga dan dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Di antara adab-adab tersebut adalah seperti berikut:

1. Ikhlas kerana Allah Ta‘ala.

2. Memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

4. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

5. Menghadap kiblat dan menadah dua tangan.

6. Berwudhu.

7. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta‘ala.

8. Bertawassul dengan amal salih yang dikerjakan oleh orang yang berdoa.

9. Menjauhi segala maksiat.

10. Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka mengulang-ulang doa itu sebanyak tiga kali.

Hindari Perkara Yang Menolak Doa

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan doa ditolak di antaranya tiga perkara iaitu memohon perkara dosa, memutuskan silaturrahim dan tergesa-gesa menganggap doa tidak dimakbulkan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu bagus (Maha Suci dari segala kekurangan), tidak menerima sesuatu melainkan yang bagus. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman sebagaimana yang telah diperintahkan para Rasul. Lalu Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah al- Mukminun: 51): (Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal salih; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Baginda membaca lagi (surah al-Baqarah: 172): (Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang jauh pelayarannya (pada mentaati Allah seperti haji, berziarah dansebagainya) yang kusut dan berdebu rambutnya, menadah kedua tangannya ke langit (dan berkata): wahai Tuhan, wahai Tuhan. Sedangkan makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram dan dipelihara (disuap) dengan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan (doanya) dengan sifatnya yang sedemikian.”

(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas menyarankan supaya berbelanja di jalan yang halal dan melarang dari berbelanja di jalan yang haram. Maka makanan, minuman, pakaian dan sebagainya hendaklah yang halal dan tiada perkara syubhah padanya. Begitu juga, doa tidak akan dimakbulkan jika makanan, minuman dan pakaian datangnya dari yang haram.

Selain itu juga hindarilah dari berbuat dosa agar doa mudah dimakbulkan Allah. Pernah terjadi kisah di zaman Nabi Musa Alaihissalam berlakunya kemarau panjang sehingga umat Nabi Musa meminta baginda berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Baginda meminta semua umatnya berkumpul bersama untuk meminta huja kepada Allah. Apabila Nabi Musa meminta doa kepada Allah, Allah menyatakan bahawa dalam kalangan mereka terdapat seorang insan yang telah berbuat dosa kepada Allah selama 40 tahun yang menyebabkan Allah tidak ingin memakbulkan doa. Akhirnya baginda meminta kepada umatnya agar orang yang berbuat dosa itu keluar dari kelompok mereka agar doa mereka dimakbulkan.

Orang yang berbuat dosa itu rasa serba salah sama ada beliau mahu keluar dari kelompok tersebut atau tidak. Kerana sekiranya dia keluar dari kelompok tersebut, maka aibnya akan terbuka dan diketahui ramai. Sekiranya dia tidak keluar, maka hujan tidak akan turun. Akhirnya dia bertaubat kepada Allah dan Allah Maha Menerima taubat hambanya. Dengan tidak semena-menanya, hujan turun mencurah-curah. Nabi Musa merasa hairan kerana orang yang berbuat dosa belum keluar dari kelompok mereka, tetapi hujan sudah mencurah-curah. Allah kemudiannya menyatakan bahawa lelaki itu telah bertaubat dan Allah menerima taubatnya. Subhanallah!!

Ibrahim bin Adham pernah ditanya:

“Apa hal bila kami berdoa tidak dimakbulkan?” Beliau menjawab: “Kerana kamu tahu akan Allah tapi kamu tidak mentaatinya dan kamu tahu akan Rasul tapi kamu tidak mengikut sunnahnya dan kamu tahu akan al-Qur’an tapi kamu tidak mengamalkannya dan kamu menikmati nikmat anugerah Allah tapi kamu tidak mensyukurinya dan kamu tahu akan syurga tapi kamu tidak menuntutnya dan kamu tahu akan neraka tapi kamu tidak lari daripadanya malah kamu bersetuju dengannya dan kamu tahu akan mati tapi kamu tidak bersedia untuknya dan kamu mengebumikan mayat tapi kamu tidak mengambil iktibar dan kamu meninggalkan keaiban kamu tapi sibuk dengan keaiban orang lain.”

Akhirnya, perbanyakkanlah doa, kerana doa itu dapat mendekatkan diri dan mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mengingati Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa sama ada pada waktu senang atau susah. Begitulah juga dengan amalan dalam berdoa hendaklah dilakukan pada setiap masa lebih-lebih lagi pada waktu senang dan mewah, kerana dengan cara itu apabilaberdoa pada waktu susah, doa akan mudah diperkenankan sebagaimana

sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: Maksudnya:

“Sesiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah pada waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa pada waktu senang.”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Related Posts with Thumbnails

Software Waktu Solat Malaysia 2010

Posted by denz | Labels: | Posted On Thursday, January 28, 2010 at 9:09 AM

Alhamdulillah, dah lama tak post kat blog ni. Sekarang ini tengah bercuti selama seminggu. Baru ini musim mid-term bagi first sem saya dan masih belum habis. Lepas cuti ni masih tinggal lagi dua exam lagi. Ha..hari ini nak kongsi software Waktu Solat Malaysia 2010 yang pernah disebutkan dalam post yang lepas. Akhirnya, keluar juga walaupun sedikit lambat iaitu selepas kita masuk tahun 2010. Biasanya, sesuatu software untuk tahun sekarang akan dikeluarkan hujung tahun lepas. Apapun, 'credit' banyak-banyak kepada kawan ayah saya iaitu pensyarah UiTM Perlis, Mohamad Asrul bin Mustafar dan Tengku Afrizal bin Tg Ali. Sebenarnya dah keluar dah dalam seminggu lalu, tapi lambat sikit post. Disebabkan software ini dibangunkan dalam format .jar, jadi hampir semua handphone menyokong software ini. Hanya copy ke handphone anda dan install seperti software jar yang lain. Anda juga boleh terus bluetooth terus ke handphone anda dan biasanya ia akan automatik install ke dalam memory handphone anda. Cuma cara kedua ini tidak membolehkan anda menghantar software ini kepada orang lain melalui handphone anda.

Jom download “Waktu Solat M'sia 2010 Related Posts with Thumbnails

Ukhuwwah Fillah

Posted by denz | Labels: | Posted On Monday, November 30, 2009 at 12:10 AM

Pernahkah anda mendengar kisah Abdurrahman bin Auf yang dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi'? Di mana Saad menawarkan kepada Abdurrahman sewaktu awal mula mereka dipersaudarakan oleh Rasulullah, " Aku orang terkaya di Madinah. Ambillah separuh dari hartaku yang kau suka. Dan aku mempunyai dua orang isteri. Pilihlah dan nikahilah".
Juga kisah ketika seusai satu peperangan dimana tiga tentera islam yang cedera menolak air yang diberikan kepada mereka dan menyuruh diberikan kepada sahabatnya yang lain sehingga kesemuanya syahid. Allahuakbar!Begitulah kisah betapa tingginya nilai ukhuwwah islamiyyah hasil madrasah Rasulullah.

Mari kita teliti sedikit. Apa itu ukhuwwah? Ya..ukhuwwah itu bermaksud persaudaraan. Tapi yang lebih jelas lagi ialah keterikatan hati dan rohani dengan ikatan aqidah iaitu peraudaraan sesama muslim yang berteraskan iman dan kerana Allah semata. Seperti yang difirmankan Allah dalam Surah Al-Hujurat(49:10) yang bermaksud,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Allah tidak katakan "Setiap orang-orang Islam itu bersaudara", kerana muslim yang tanpa rasa iman kepada Allah tidak mungkin merasai apa itu ukhuwwah. Ianya adalah anugerah Allah dan hanya diberikan kepada hambanya yang soleh, suci dan bertaqwa.Ya..ianya totally milik Allah seperti dalam Surah Al-Anfaal(8:63),

"Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Sesungguhnya untuk mengecapi nikmat berukhuwwah itu memerlukan pengorbanan. Tidak seindah seperti ucapan 'ukhuwwah' di bibir. Ukhuwwah itu juga bukanlah dapat dicapai dengan bersama sehari dua tapi memerlukan proses mengenali dan memahami. Ianya perlu dibina, dipupuk dan dibaja agar terus mekar. Binaannya dengan iman, dipupuk dengan persefahaman dan dibajai dengan doa.

Asasnya seperti yang disebut tadi, iaitu IMAN.

Pernahkah anda terfikir,
"Kenapa aku tak dapat merasakan kemanisan ukhuwwah antara aku dan sahabatku?sedangkan aku sudah lama bersahabat dengan dia".

Jawapannya adalah mungkin salah seorang dari yang berukhuwwah itu mempunyai masalah kemarau iman. Apabila masalah itu dapat diatasi.InsyaAllah kemanisan itu akan terasa.
Mana mungkin cahaya iman itu akan bersatu dengan kegelapan.

Tanpa persaudaraan yang dipupuk atas dasar iman dan taqwa maka yang akan berlaku adalah sikap mementingkan diri sendiri, prejudis dan buruk sangka. Dan ianya perlu dijauhi. Bagaimana?

Dalam surat Al Hujurat (QS 49) Allah SWT memaparkan 7 cara bagi kita untuk menangkal virus-virus ukhuwwah yang bisa menghancurkan soff ukhuwwah yang telah dibina.

1. Tabayyun

Tabayyun bererti mencari kejelasan maklumat dan mencari bukti kebenaran maklumat yang diterima. Karena Allah SWT berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah

Artinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." (QS 49:11)

3. 'Adamul Lamz

Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya:

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakekatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standar kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rosul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (lLihat QS, 18:28).

4. Tarkut Tanabuz

Yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11)

Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan

Allah SWT berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12)

Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Allah SWT sendiri menegaskan:

"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk mengahalangi manusia dari jalan Allah." (QS 8:36)

6. Adamut Tajassus

'Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metodenya masing-masing, yang berusaha semaksimal mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah SWT:

"Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Ijtinabul Ghibah

Allah SWT menegaskan:
"Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?."

Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Moga kita dapat tingkatkan diri kita dari serendah-rendah ukhuwwah iaitu berlapang dada kepada setinggi-tingginya iaitu ithar (melebihkan orang lain) agar kita bisa mengecapi manisnya ukhuwwah.

Ukhuwwah Fillah Related Posts with Thumbnails

Software Untuk Handphone

Posted by denz | Labels: | Posted On Thursday, November 12, 2009 at 11:17 PM

Hari ini saya nak berkongsi sikit software-software yang biasa saya guna yang anda boleh pasangkan di handset masing-masing. Macam-macam software handphone yang best dan boleh dimanfaatkan bersepah kat dunia ni. Cuma nak guna atau tak nak je.

Antaranya, Dictionary Oxford (eng-eng). Kadang-kadang tu tengah study, tiba-tiba muncul perkataan yang pelik-pelik. So terus saja buka software dan cari perkataan tu. Tak payah cari dictionary yang tebal-tebal.

Satu lagi yang biasa diguna tentu la software quran. Buka dan terus boleh baca mana-mana(jangan buka dalam tandas sudah). Ada yang ada terjemahan english dan ada yang ada terjemahan melayu. Yang Quran Terjemahan Melayu yang satu ni la paling best.
Antara featuresnye adalah kita boleh cari perkataan apa yang kita nak. Contohnya bani israel(banyak sangat cerita pasal ni dalam Al-quran, itu yang bagi contoh ni). Hanya tulis perkataan 'bani israel' dan cari. Ia akan senaraikan semua no ayat (beserta surah sekali) yang mengandungi perkatan dicari. Yang menambahkan lagi ke'best'an software ni, kita boleh cari perkataan arab sekali. Seringkali kita teringat sebahagian ayat Al-quran saja dan nak cari di mana ayat tadi berada, software ni banyak membantu. Kredit kepada pencipta software ni.

Last kali, Waktu Solat Malaysia 2009. Haha..sori sebab mungkin anda hanya boleh guna software ini dalam masa kurang 2 bulan saja dari tarikh post ni kerana jadual waktu solat ni hanya sah untuk tahun 2009 saja. Yang menariknya ia dicipta bg hampir setiap zon dalam malaysia ni. Contohnya sekiranya kita berada di Petaling, kita boleh setkan ke daerah ni. Software ni dibangunkan oleh Mohamad Asrul bin Mustafar dan Tengku Afrizal bin Tg Ali dari UiTM Perlis. Kita tunggu diorang buat untuk Waktu Solat 2010 pula.

Sebenarnya banyak lagi software nak di'review'. Tapi hanya review tiga ni saja. Yang lain tu anda cuba sendiri. Saya bagi link saja. Moga bermanfaat.

Al-Quran (Melayu)
Waktu Solat 2009
Oxford (eng-eng)
Kamus (eng-indo)
Bluetooth FTP
Al-Quran
Opera Mini 4.3
Kamus (eng-arab)
Al-Quran (English)


p/s: Sesiapa yang ada nak request software yang bes-best, boleh emel saya. Mungkin ada yang dalam simpanan saya. Related Posts with Thumbnails

E-Quran Flash Edition

Posted by denz | Labels: | Posted On Tuesday, November 10, 2009 at 11:09 PM


screenshot quran flash

Pernah rasa stress waktu bekerja?atau penat study sampai tension?Jom relakskan diri anda dengan baca Al-Quran. Sesungguhnya Al-quran lah penyembuh penyakit hati dan jiwa manusia. Mungkin ada yang mengatakan kerja terlalu banyak sehingga tak sempat membaca Al-Quran. Malah ada yang x sempat sentuh pun mashaf dalam sehari. Baca Al-Quran pun dalam solat saja.

Sebenarnya Al-Quran itu bukan sekadar penenang hati, tapi yang lebih utama adalah sebagai petunjuk kepada manusia. Rahmat untuk seluruh umat manusia jika mereka mengikuti suluhannya. Insya Allah.

Jadi untuk kemudahan kita bersama, saya nak kongsi la Al-Quran flash ni. Boleh baca kat komputer. Ada banyak versi antaranya quran bertajwid dan terjemahan english. Teknologi yang makin pantas berkembang sebenarnya banyak manfaatnya jika kita pandai menggunakannya. Tunggu ape lagi? download “quran flash
Nak bace online pun boleh “klik sini

Sebenarnya quran ni dah lama dah orang tahu, cuma mungkin ini ditujukan buat yang belum mengetahui..moga ada manfaatnya.

Moga kita dipermudahkan Allah agar kita istiqamah dalam berpegang pada Al-quran dan As-sunnah. Related Posts with Thumbnails

Sami Yusuf - Hasbi Rabbi

Posted by denz | Labels: | Posted On at 9:51 PM

Jom hayati lagu ni..



Sami Yusuf - Hasbi Rabbi

O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don’t deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea

CHORUS:
Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

CHORUS

Hindi:
Wo tanha kaun hai
Badshah wo kaun hai
Meherba wo kaun hai
Who is the only One?
Who is the King?
Who is the Merciful?

Kya unchi shan hai
Uskey sab nishan hai
Sab dilon ki jan hai
Who is the most praised and benevolent?
Whatever you see in this world is His sign
He’s the love of every soul

CHORUS

Turkish:
Affeder gunahi
Alemin padisahi
Yureklerin penahi
He is the Forgiver of all sins
He is the King of the universe
He is the Refuge of all hearts

Isit Allah derdimi, bu ahlarimi
Rahmeyle, bagisla gunahlarimi
Hayreyle hem aksam hem sabahlarimi
O Allah hear my sorrows and my sighs
Have mercy and pardon my sins
Bless my night and days

CHORUS

Arabic:
Ya rabbal ‘alamin
Salli ‘ala Tahal amin
Fi kulli waqtin wa hin
O Lord of the worlds
Send peace and blessings
On Ta-ha the trustworthy
In every time and at every instant

Imla’ qalbi bil yaqin
Thabbitni ‘ala hadhad din
Waghfir li wal muslimin
Fill my heart with conviction
Make me steadfast on this Religion
And forgive me and all the believers

CHORUS

Kalau nak download mp3 pun boleh “klik sini Related Posts with Thumbnails

Muqaddimah

Posted by denz | | Posted On Thursday, October 29, 2009 at 5:48 PM

Assalamualaikum...alhamdulillah..ini blog baru saya. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya buat blog baru. Hehe...sebenarnya blog yang lame tu dah lama tak update, mungkin sebab dulu buat blog saje-saje untuk berblog setelah melihat ramai manusia berblog. Jadi cadang buat blog baru yang insyaAllah bernafas baru. Kali ini dengan azam untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang boleh dikongsi. Sekurang-kurangnya dapat memberi walaupun sedikit. Moga dipermudahkan Allah. Amin.

blog lama” saya Related Posts with Thumbnails